Thursday 7 April 2011

Bidang Sukan



Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan seorang olahragawan yang begitu menonjol dalam perkembangan permainan badminton.Beliau merupakan tokoh yang cemerlang dalam bidang sukan di Malaysia. Selain itu, beliau turut mengharumkan nama negara Malaysia dengan pencapaiannya yang begitu tinggi.Beliau telah memaparkan semangat sanggup cinta akan negara dengan mawakili Malaysia untuk memperjuangkan kebolehan beliau sebagai tanda bakti untuk negara.


Datuk Lee Chong Wei, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Penang. Beliau ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan. Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008.Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepa sRashid Sidek dan Roslin Hashim, dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
2002–2007
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Beliau terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark.Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton  perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama.Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan. 
2008: Olimpik
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun. diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea, Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia. Lee menerima ganjaran RM300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008. Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek. Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals..
2009
Lee melancarkan memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya. Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan. Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,  dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold.Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki. 
2010
Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham  , dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19. Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun. Di separuh akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun. Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya,Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut, dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.
2011
Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh.






Disediakan oleh Tan Mei Kun

No comments:

Post a Comment