Friday 1 April 2011

Bidang Perniagaan: Orang Terkaya di Malaysia

Ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 10% pada suku pertama tahun 2010, ini merupakan kadar pertumbuhan tertinggi dalam satu dekad. Harta  40 orang terkaya dalam  negara terkaya juga meningkat. Jumlah harta mereka bernilai $ 51 bilion pada tahun 2010.
Goh Peng Ooi telah menikmati pertumbuhan kekayaan sebanyak 280%, setelah dia menjual dua syarikat swasta untuk disenaraikan di Silverlake Axis. 
Robert Kuok dan Ananda Krishnan mempertahankan status mereka sebagai dua orang terkaya di negara kita. Mereka adalah bernilai 20.1 bilion secara gabungan, ini merupakan 40dari jumlah harta 40 orang terkaya tersebut. Vincent Tan kembali kepada 'kelab jutawan' pada tahun ini setelah absen untuk satu tahun. Kekayaannya telah  melipat ganda kerana pertumbuhan sahamnya Berjaya. Dia melaburkan  wang dalam kelab bolas epak Inggeris, Cardiff City.  Lim Kok Thay, pemilik Genting juga  melabur $ 5 bilion dalam syarikatnya yang baru saja membuka resort dan kasino di Singapura.
Kontraktor AK Nathan dan saudaranya Shahril dan Shahriman Syamsuddin, yang mendapatkan sebahagian besar wang mereka daripada pelaburan mereka dalam syarikat  minyak dan gas, Sapura Crest Petroleum saham yang mendapat keuntungan sebanyak  dua kali ganda sejak tahun 2009
Konsep 1 Malaysia: Perkembangan Ekonomi yang sama kelajuan untuk semua rakyatBerikutlah merupakan teladan konsep 1 Malaysia.



Ananda KrishnanNilai Harta  $ 8.1bilion
Usia 72
Bidang diceburi: Telekomunikasi

Aset Ananda yang paling bernilai ialah Maxis Communicationspembekal perkhidmatan telefon terbesar dalam negara kita , yang sahamnya dijadikan awam pada  November 2010 telah meningkatkan 34 bilion. Pemilikan syarikat telekomunikasi di Indonesia dan India masih swasta. Astro All Asia Networks juga masih mempunyai status syarikat swasta. 

Jeffrey Cheah



Nilai Harta $ 350 milionUsia 65Bidang Diceburi: Tanah Harta


Pengerusi Sunway Group, beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti perkhidmatan hotel, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembinaan infrastruktur. Syarikatnya sedang membina bandar yang seluas 100 hektar di Tianjin, China. 





Syed Mokhtar AlBukharyNilai Harta $ 1.7bilion
Usia 58Bidang Diceburi: Pelbagai bidang


Bekas peniaga beras mendapatkan sebahagian besar kekayaannya dari MalaysiaMining Corp (MMC). Beliau mendapat konsesi untuk mengendalikan pelabuhan dan lapangan terbang di Johor. Beliau juga memiliki saham dalam pengilang elektrik Malakoff. Beliau juga memiliki Harrods di Malaysia. Beliau aktif dalam bidang kesenian dengan sponsor Malaysia Muzium Seni Islam.
Disediakan oleh Ng Hui Xin & Yong Kayne




No comments:

Post a Comment