Tuesday 12 April 2011

Bidang Buatan

Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.
                                   
Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.
Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.
                                              




                                            




                                   
Disediakan oleh Lim Seong Hseng & Chin Fook Hong

No comments:

Post a Comment