Tuesday 12 April 2011

Keunikan Makanan Di Malaysia !

   Kepelbagaian. Perkataan ini merupakan perkataan yang paling sesuai untuk kita memperbincang keunikan makanan di Malaysia. Kepelbagaian jenis makanan di Malaysia ini telah melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Banyak jenis makanan yang berasal dari pelbagai negara dan suku kaum dapat dicari di Malaysia. Kebanyakkan makanan ini telah dihidangkan di negara kita sebagai hidangan umum.

  Sebagai contohnya,Nasi Lemak. Nasi Lemak merupakan antara makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakkan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.Kadangkala daun pandan juga ditambah semasa nasi lemak dimasak bagi menambah lagi aromanya. Pada masa yang lalu, nasi lemak merupakan bekalan makanan yang mampu memberi tenaga yang lebih kepada pesawah-pesawah padi serta pengusaha kebun yang membanting keringat ini. Walaubagaimanapun, hidangan ini dapat dinikmati oleh sesiapa pun pada masa kini. Hidangan yang ringkas ini sering menjadi makanan pilihan warga kota kita yang sentiasa kesibukkan.



  Selain itu, Sate juga merupakan satu lagi sajian yang umum tetapi enak di Malaysia. Secara khususnya, sate merupakan kepingan daging yang dicucuk pada lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sajian ini berasal dari para pedagang jawa yang menjual daging bakar pada abab 19. Oleh sebab kebanyakkan masyarakat tidak makan daging semata-mata , biasanya ketupat juga akan dihidangkan bersama sate. Kuah sate sentiasa disediakan dengan menyediakan kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba . Aroma kuah amat diberi perhatian dalam proses penyediaan kuah ini. Sate sebenarnya bukan menu makanan Melayu semata-mata, sajain ini turut merupakan hidangan popular di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sebaga contohnya, Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines telah menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang mereka.

    Seterusnya, 'Lo Hei'--melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di sekeliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaung 'Huat Ar' dengan lantang untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.Situasi ini adalah sangat gembira. Yee Sang sebenarnya merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou yang terdiri daripada potongan cebisan daging ikan mentah yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, beraneka sos, perasa,buah-buahan dan bijan. Yee Sang secara hafiah membawa maksud ikan mentah dan 'ikan' biasanya digabunugkan dengan huruf sebunyinya 'kelimpahan'. Oleh sebab itu, Yee Sang sering dianggap sebagai lambang kelimpahan, kemakmuran dan kekuatan. Yee Sang mula dihidangkan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang hanya disajikan selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula,dan restoran menyajikan hidangan ini sebaga pembuka selera entuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

Artikel disediakan oleh Eddie Wong dan Lai Teck Ming

Bidang Buatan

Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.
                                   
Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.
Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.
                                              




                                            




                                   
Disediakan oleh Lim Seong Hseng & Chin Fook Hong

Thursday 7 April 2011

Bidang Sukan



Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan seorang olahragawan yang begitu menonjol dalam perkembangan permainan badminton.Beliau merupakan tokoh yang cemerlang dalam bidang sukan di Malaysia. Selain itu, beliau turut mengharumkan nama negara Malaysia dengan pencapaiannya yang begitu tinggi.Beliau telah memaparkan semangat sanggup cinta akan negara dengan mawakili Malaysia untuk memperjuangkan kebolehan beliau sebagai tanda bakti untuk negara.


Datuk Lee Chong Wei, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Penang. Beliau ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan. Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008.Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepa sRashid Sidek dan Roslin Hashim, dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
2002–2007
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Beliau terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark.Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton  perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama.Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan. 
2008: Olimpik
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun. diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea, Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia. Lee menerima ganjaran RM300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008. Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek. Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals..
2009
Lee melancarkan memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya. Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan. Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,  dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold.Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki. 
2010
Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham  , dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19. Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun. Di separuh akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun. Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya,Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut, dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.
2011
Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh.






Disediakan oleh Tan Mei Kun

Wednesday 6 April 2011

Bidang Muzik-Pusat Muzik Bertema Harmonika Di Malaysia

Harmonika merupakan antara satu alat muzik yang paling popular. Pemain harmonika yang handal dapat memainkan melody yang cukup merdu. Secara umumnya, harmonika terbahagi kepada 4 jenis,iaitu 'diatonic', 'chromatic',chord',dan 'bass'. Alat muzik ini menjadi semakin popular apabila tubuhnya sebuah kumpulan yang sanggup mengumpul semua peminat harmonika , dan membuka peluang untuk mereka untuk belajar,mengajar,dan juga membuat persembahan.

  Freso Harmonica Ensemble merupakan sebuah kumpulan muzik yang berfocus dalam alat muzik ini di Malaysia. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Encik Soon Hock Chuan, dan 3 rakan-rakannya,Choong Seet Yee,Koh Keng Hong, dan Liew Chzen Khee.Mereka merupakan World Harmonica Double Champion pada tahun 2006. Mereka telah mencuba sedaya upaya untuk mengcungkit bakat peminat harmonika dan berjaya meningkatkan imej harmonika ke tahap yang lagi tinggi.

   Secara tidak langsung,Fresco juga menyumbang kepada kecermelangan Malaysia dalam bidang muzik. Pada tahun 2010, Fresco telah menghantar beberapa kumpulan pemain harmonika untuk menyertai Asia Pasifik Harmonica Festival (APHF) ke-8. APHF merupakan antara satu acara yang penting dalam bidang muzik.Acara ini akan diadakan dalam setiap dua tahun.

   Fresco telah berjaya mendapat johan dalam acara orchestra terbuka. Selain itu, kumpulan lain yang dihantar oleh Fresco juga dapat memenangi beberapa acara yang dianjurkan seperti:

1.Orchestra Open Category-Johan
2.Trio Youth Category-Johan
3.Trio Open Category-Johan
4.Ensemble Junior Category-tempat ketiga
5.Ensemble Open Category-johan dan tempat kedua

*Muzik yang dimainkan oleh Kumpulan Orchestra Fresco.


Selain itu ,Fresco juga sentiasa melibatkan diri dalam pembangunan sosial seperti pertandingan, khusus harmonika dan persembahan.Contohnya, Fresco akan membantu menganjurkan sebuah konsert harmonika pada 1 May 2011 di Taylor Lakeside Campus. Tujuan Fresco mengadakan konsert ini adalah untuk mengutip derma bagi Rumah Caring Kajang dan mengcuungkil bakat para pemain harmonika di samping meningkatkan prestasi mereka.


Ini merupakan muka depan CD yang dikeluarkan oleh Fresco

ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH LAI TECK MING DAN EDDIE WONG

Bidang Perlancongan- disediakan oleh Lai Sin Yin

Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang  kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.

  • MELAKA
          Negeri Melaka jugan dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada Tahun 2008, Melaka diisytiharkan loeh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Melaka terletak di panati barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Tempat-tempat menarik di Melaka:
   
  Puing Gereja St. Paul yang terletak dalam kota A' Fomosa, Melaka, dengan patung St. Francis Xavier dihadapannya.Gereja St.Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".
   



Cheng Hoon Teng's Temple
Kuil Cheng Hoon Teng ialah kuil yang berdiri di tengah-tengah daerah Bukit China, kawasan ruko Cina tertua di Malaka. Kawasan ini merupakan tempat berlabuhnya armada China pertama yang membawa misi perdagangan serta eksodus masyarakat China dari daerah Fujian dan Guangdong ke Semenanjung Malaya.Bentukan luar bangunan merupakan terjemahan dari negeri kayangan yang diperlihatkan dengan banyaknya elemen negeri kayangan.


 
babanyonyamuseum
Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
 


Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.


  • Pulau Pinang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Kapten Francis Light-pengasas Pulau Pinang dan manamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales.

Jalan Macalister belatarbelakangkan bangunan Komtar dan Menara UMNO.

















  • Tanah Tinggi Genting
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T)  ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan tempat peranginan terkenal di Malaysia.Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia didiri di situ.Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk
 taman tema,








padang golf,







  pusat beli-belah,






simulator,








terjun langit,








dewan konsert dan banyak lagi.






  • Tanah Tinggi Cameron
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c.Cameron Highland terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman iklim hawa sederhana.

 Ladang Teh BOH










KEA Farm


Kebun Buah Strawberry

Tuesday 5 April 2011

Bidang MUZIK - Pendedahan Kepada Penyanyi Masyhur Yang Tercatat Nama DI Persada Dunia

Apakah itu Muzik? Perkataan Muzik ini mempunyai pelbagai definisi berdasarkan pelbagai aspek yang berlainan. Namun, secara umumnya, Muzik merupakan sekumpulan  bunyi yang mangandungi irama serta mangikut rentakan yang tertentu yang dihasilkan melalui pelbagai cara. Di malaysia, Muzik ini turut merupakan sejenis fenomena intuisi, penciptaan, pembaikan dan persembahan yang lumrah disifatkan sebagai kesenian mahupun keunikan negara. Hal ini demikian kerana melalui muzik, dapatlah kita menghiburkan diri. Dengan cara persembahan yang tersendiri, juga bolehlah kita memahami budaya sesuatu kaum atau sesebuah bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami kaum yang berbilangan.

         Seperti negara lain, Malaysia turut mempunyai ramai ahli bakat dalam bidang muzik yang mampu menggegarkan dunia dengan suara dan kemahiran menyanyi. Ada dalam kalangan mereka yang hanya tumpu dalam satu-satu genre sahaja, dan ada yang mampu menguasai pelbagai genre.
Berikutlah merupakan ahli muzik yang masyhur.

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin
Tarikh lahir: January 11th, 1979
Tempat lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia
Ketinggian: 163 cm
Keberatan: 45 - 50kg
Nama lain: CT, Nurhaliza, Siti
Hobi: tonton TV, membaca, menyanyi, memasak

Masakan Kegemaran: Malaysian, Thai and Mom's dishes
Muzik Kegemaran: Pop, Alternative, R&B, Ethnic
Artist Kegemaran: P.Ramlee, Ziana Zain, Sudirman, Celine Dion
        
        Pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995. Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music. Pada 1996, beliau merakamkan album sendiri yang bertajuk ‘Siti Nurhaliza. Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM.

       Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional.

Pencapaian:
- Pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan CĂ©line Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin. 

- Menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas.

- Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.

- Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah"

- Membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004.

- Menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang.

- Membuat persembahan di MTV Asia Awards. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa

Tuntasnya,  Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan penyanyi Malaysia yang agung serta berperingkat antarabangsa. Tanpa dinafikan bahawa kehebatan dan kebakatannya dalam bidang muzik telah mencapai tahap kemuncak, dan namanya terus mengharum sehingga hari ini juga.

* Beliau turut berupaya manyanyi lagu bahasa Mandarin dan berduet dengan artist Taiwan yang ternama, Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin



Disediakan oleh Lai Teack Ming & Eddie Wong